Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur.
Bersama Muaz, Tariq dan Shuhaiba, anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhawah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari penyelesaian emosi dan memberi sokongan pada anak-anak mangsa pembangunan teknologi.
Bersama Abang Han yang penyayang dan Mirul yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman.Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalanakn untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuha negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan.
KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang leih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?
9789831243220
Love stories Man-woman relationships--Fiction. Malays--Fiction.