Godaan: Kek-Kek Comel memaparkan kek-kek comel berwarna-warni dan menggembirakan yang dipersembahkan dalam kertas mangkuk dengan hiasan atas yang menarik. Di dalam buku ini, Betty Saw, seorang penulis ruangan makanan yang terkenal di Malaysia telah mengumpulkan penyediaan 75 jenis resipi selama sedekad. Diilustrasikan dengan gambar-gambar bermotif ceria dan riang yang dapat membangkitkan selera anda, resipi-resipi ini senag dibuat dan menggunakan bahan-bahan yang mengenakkan yang terdiri daripada coklat dan bluberi, termasuk juga halia dan kopi. Buku ini adalah satu keperluan untuk memeriahkan majlis-majlis minum petang dan perjumpaan keluarga.