SINOPSIS 114 SURAH
Sinopsis satu ratus empat belas surah
disusun oleh Fazrul Ismail
- xix, 257 pages : colour illustrations ; 24cm
Setiap surat yang diterima, ada sebab-sebab khusus mengapa ia dihantar.Surat jemputan, surat saman, surat penghargaan, semua ini membaca mesej yang khas daripada pengirim kepada penerima atau pembaca.
Begitu juga kitab Al-Quran yang mengandungi 114 buah surah yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh umatnya. Satu kekurangan besar jika surah-surah al-Quran dibaca tanpa mengetahui sebab apa ia ditujukan kepada manusia.
Sinopsis 114 sangat diperlukan bagi pembaca al-Quran zaman ini dapat memahami secara ringkas, namun menyeluruh; keutuhan isi kandungan surah yang membentuk al-Quran.
Dengan mengetahui tujuan surah, para pembaca al-Quran dapat mengenalpasti apa pesan pengajaran yang ingin disampaikan.
Sinopsis 114 akan menyimpulkan tentang kesatuan ayat, kesatuan topik dan kesatuan tujuan dari seluruh ayat-ayat al-Quran dalam usaha bertadabbur.