Amazon cover image
Image from Amazon.com

Qaseh Nuralia Imani arin arida

By: Material type: TextTextPublisher: Kuala Lumpur Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd 2013Copyright date: ©2013 Description: 699 pages : 19cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • 9789670448084
Subject(s): LOC classification:
  • PL5158 .A696 2013
Summary: SYED ISKANDAR DZULKARNAIN AL-IQRAMI merupakan pewaris empayar perniagaan milik keluarganya, Al-Iqrami Holdings. Kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan dia menjadi seorang yang kufur nikmat. Dalam erti kata yang mudahnya, dia hanya Islam pada nama sahaja. Seorang ‘buaya tembaga' yang menganggap berhibur dengan wanita sebagai hobi utamanya. Lantas bagi menjaga reputasi serta nama baik keluarga, kedua orang tuanya sepakat untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis yang digelar olehnya sebagai MUMIA kerana ‘berbungkus' elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani. Sungguh Nuralia Imani ini bukanlah jenis gadis yang menjadi dambaannya. NURALIA IMANI merupakan seorang gadis sopan dan penuh lemah lembut yang serba sederhana. Perjalanan hidupnya begitu perit. Dugaan tak henti-henti datang menghiasi perjalanan hidupnya. Namun takdir telah menyatukan dia dan seoarang lelaki bernama Syed Iskandar Dzulkarnain dengan ikatan perkahwinan yang dirancang oleh ummi serta walid Syed Iskandar. Seluruh keluarga Al-Iqrami melayannya dengan mesra dan baik sekali..kecuali seorang, iaitu suaminya sendiri. Sejak usai majlis akad nikah lagi, kebencian Syed Iskandar kepadanya tidak pernah berkurang malah kian menggunung. Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Syed Iskandar mula membuka matanya tentang kewujudan Nuralia Imani di sisi tatkala hatinya hancur berkecai dengan pengkhianatan kekasih yang dicintainya, Bella. Namun di saat mereka mula membina bahagia, muncul pula Akira yang masih belum letih mengejar cinta Nuralia Imani yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu masa dahulu. Akira mahu Nuralia menjadi miliknya. Keadaan bertambah kusut apabila Bella mengatur agenda untuk menghapuskan Nuralia Imani bersama musuh lama Syed Iskandar, Roy. Roy yang licik telah mempergunakan Akira bagi menjayakan misi balas dendamnya pada Syed Iskandar.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Call number Status Date due Barcode
Open Shelf PERPUSTAKAAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN UMUM PL5158 .A696 2013 (Browse shelf(Opens below)) Available 00001104SH
Browsing PERPUSTAKAAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN shelves, Shelving location: UMUM Close shelf browser (Hides shelf browser)
PL5158 .A55 2012 GEMERSIK KALBU PL5158 .A598 2013 Eksperimen cinta PL5158 .A617 2015 Bila Hati BERBICARA PL5158 .A696 2013 Qaseh Nuralia Imani PL5158 .A775 2014 Bukan Milikku Jadi Milikku PL5158 .A859 2014 BETUL, SUAMI AKU PELAKON! PL5158 .A992 2013 RAHSIA Hati

SYED ISKANDAR DZULKARNAIN AL-IQRAMI merupakan pewaris empayar perniagaan milik keluarganya, Al-Iqrami Holdings. Kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan dia menjadi seorang yang kufur nikmat. Dalam erti kata yang mudahnya, dia hanya Islam pada nama sahaja. Seorang ‘buaya tembaga' yang menganggap berhibur dengan wanita sebagai hobi utamanya. Lantas bagi menjaga reputasi serta nama baik keluarga, kedua orang tuanya sepakat untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis yang digelar olehnya sebagai MUMIA kerana ‘berbungkus' elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani. Sungguh Nuralia Imani ini bukanlah jenis gadis yang menjadi dambaannya.

NURALIA IMANI merupakan seorang gadis sopan dan penuh lemah lembut yang serba sederhana. Perjalanan hidupnya begitu perit. Dugaan tak henti-henti datang menghiasi perjalanan hidupnya. Namun takdir telah menyatukan dia dan seoarang lelaki bernama Syed Iskandar Dzulkarnain dengan ikatan perkahwinan yang dirancang oleh ummi serta walid Syed Iskandar. Seluruh keluarga Al-Iqrami melayannya dengan mesra dan baik sekali..kecuali seorang, iaitu suaminya sendiri. Sejak usai majlis akad nikah lagi, kebencian Syed Iskandar kepadanya tidak pernah berkurang malah kian menggunung.

Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Syed Iskandar mula membuka matanya tentang kewujudan Nuralia Imani di sisi tatkala hatinya hancur berkecai dengan pengkhianatan kekasih yang dicintainya, Bella. Namun di saat mereka mula membina bahagia, muncul pula Akira yang masih belum letih mengejar cinta Nuralia Imani yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu masa dahulu. Akira mahu Nuralia menjadi miliknya.

Keadaan bertambah kusut apabila Bella mengatur agenda untuk menghapuskan Nuralia Imani bersama musuh lama Syed Iskandar, Roy. Roy yang licik telah mempergunakan Akira bagi menjayakan misi balas dendamnya pada Syed Iskandar.

There are no comments on this title.

to post a comment.