'Membina Peribadi Anggun', satu lagi remedi yang pasti memberi kelegaan kepada para wanita. Sama ada anda masih bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan. Tidak kira apakah anda sedang diulit bahagia atau bergelut derita, buku ini adalah pilihan terbaik wanita masa kini kerana ia ibarat teman yang amat memahami.
Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan dan kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayari malam. Itulah antara mutiara yang menjadi teras kekuatan buku ini. Ia santai, mendidik, mengajar, dan mengingatkan. Pendekatan yang digunakan amat sesuai dan matang.
There are no comments on this title.